Monday, September 28, 2009

Sekadar Berkongsi Cerita

Pada cuti sem baru ni, aku berpraktikal selama sebulan di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP). Kat situ ditempatkan golongan mualaf yang menuntut ilmu agama.. sepanjang di situ, byk pengalaman yg diperolehi.. Melihat semangat mereka yag tekun menuntut ilmu agama, aku jadi kagum. Mencari sinar Islam, sanggup berjauhan dgn keluarga. Kat sana, sempat la aku mengajar mereka fardhu ain & mengaji al-Quran. Ada di antara mereka dibuang keluarga dan ada juga masih diterima. Ada yang datang dr keluarga yg berada juga & mcm2 latar belakang lah. Pada aku, apabila mereka telah memeluk Islam, pada masa yg sama mereka boleh berdakwah kpd keluarga. Mana la tau, kerana melihat si anak semakin bagus, si ibu atau ayah akan tertarik. Aku tengok, mereka ni cepat belajar. Maksud aku mengenal huruf jawi dan membaca al-Quran. Alhamdulillah, bertambah saudara kita. Kdg2, bila ada ms, mereka akan keluar berdakwah. Erm..aku harap, semangat mereka menjadi pendorong buat kita(Islam asal) untuk lebih gigih dalam mencari Islam. Bukan orang non-muslim je perlu mencari Islam, kita pon wajib mencari Islam dan menambahkan iman. Amin..=)

No comments:

Post a Comment