Tuesday, September 29, 2009

Dakwah...Pendekatan Psikologi


Kenapa dakwah melalui psikologi penting..? ini kerana psikologi sgt berkait rapat dgn manusia. Jadi, utk mendekati mad'u, kita perlu faham psikologinya dan pandai bermain dgn psikologi manusia agar mudah utk kita approach mereka.
Salah 1 pendekatan psikologi adalah melalui TARIKAN. Beberapa perkara yang boleh menarik seseorang iaitu cantik, jelas,nyata, pelik, berubah-ubah, bergerak dan mudah. Faktor-faktor ini menjadi tarikan utama seseorang untuk mengetahui dan mendalami sesuatu perkara. Maka dengan itu, kita perlu gunakan faktor-faktor ini menarik mereka kepada Islam.
Yang ke2, melalui ransangan MOTIF@ motif biologi seperti lapar, dahaga dan seks. Perkara2 ini menjadi satu keperluan tubuh badan untuk meransang sasaran.
Contohnya, lapar. Tiada seorang pun mahu hidup kelaparan. Ia mempunyai hubungan dgn motif yang sering diselitkan dlm mesej dakwah.
Seterusnya adalah melalui ransangan emosi. ransanganEMOSI adalah sgt rapat dgn perasaan manusia seperti gembira, takut, cemburu, malu, marah. Penggunaan unsur emosi seperti terdapat dlm al-Quran memberi kesan kepada manusia supaya benar-benar menghayati bait-bait ayat yang diturunkan oleh Allah. contohnya, takut dgn azab api neraka Allah, gembira dgn khabar berita yang baik bagi orang yang bertaqwa dan sebagainya.
Pendekatan lain adalah PENEGUHAN. peneguhan juga dijadikan satu faktor untuk menaikkan motivasi seseorang dlm beramal. Contohnya, sesiapa yang melakukan kebaikan akan dibalas dgn kebaikan. Sesiapa yang selalu bersedekah, akan dimurahkan rezeki berlipat kali ganda. Jadi, ia membuatkan manusia berusaha untuk mendapatkan kebaikan tambahan melalui apa yg telah dikerjakan. Begitu juga dgn peneguhan negetif.
Selain itu juga, pendekatan melalui ransangan STATUS seperti menjadi golongan baik dan mulia, golongan bernasib baik dan adil, serta golongan yang selamat adalah suatu keinginan manusia. Jadi, Islam menjanjikan manusia berada dlm keadaan baik sepanjang berada dalam ruang lingkup Islam yang sebenar.
Terakhirnya, melalui PEMBINAAN SOSIAL. Fitrah manusia suka berkumpulan dan berteman. Jadi, dakwah telah mengatur pelbagai aktiviti berbentuk berkumpulan agar manusia suka melakukannya seperti solat berjemaah, menghubungkan persaudaraan, menunaikan haji, menjaga lidah dlm berkomunikasi dsb.

No comments:

Post a Comment