Thursday, October 22, 2009

JALINAN yang terjalin

Pada hari ahad baru-baru, sy bersama shbt2 PMKUM telah mendaki ‘gunung Malaya’ di Uni Malaya. Hehe.. walaupun bukitnya itu tidak semencabar jungle trakking yg biasa kita lalui tetapi ia sangat menyeronokkan. Di sini bukanlah sy ingin menceritakan tentang mendaki bukit tersebut secara mendalam, tetapi yang nak diceritakan di sini adalah ukhuwah dan jalinan antara kami. Mana tidak nya, walaupun kami dari fakulti berbeza, tetapi kami dari negeri yang sama dapat berkumpul dan bermesra. Ukhuwah itu manis jika tidak dinodai oleh sifat2 mazmumah seperti dengki, fitnah, pentingkan diri sendiri dll. Alangkah indahnya persahabtan itu jika disulami dengan kejujuran, pengorbanan, kasih sayang. Allah pun suka…Saya harapkan ikatan yang terjalin ini tidak putus setakat ini sahaja dan kita teruskan persahabatan ini sampai bila-bila..

Salam.


Assalamualaikum!!! Itu lah kalimah yang sering kita ucapkan apabila berkunjung ke rumah seseorang.. tapi…hai! Apabila bertemu dgn seseorang.. Ermm..kenapa jadi begitu..?? kenapa tidak kita mengungkapkan salam juga apabila bertemu dengan orang lain..??
Haa..perkara mudah sebeginilah yang sering kita abaikan..kenapa saya cakap sebegitu..? kerana dengan ucapan ‘salam’ itu sangat mudah dan kita pun akan mendapat pahala..bukan sedikit, tapi banyak!! Bayangkan lah 1huruf itu dikira.. orang yang memberi salam pun dapat pahala, orang yang menjawab salam pun dapat pahala.. MasyaAllah. Kalau difikirkan, mudah ye untuk mendapatkan pahala.. tapi kadang2 je kita merebut peluang sebegitu.. Jadi, ayuh kita bersama2 menyemarakkan salam, menambahkan pahala.. begitu juga dgn saya.. InsyaAllah!!

Tuesday, September 29, 2009

Bagaimana cara kita TIDUR..?!


SEORANG ahli psikologi salah sebuah universiti tempatan pernah berkata, tingkah laku manusia agak sukar untuk difahami. Ini kerana, ia umpama `topeng' yang dipakai dan boleh berubah-ubah mengikut tempat, masa dan keadaan. Sebab itulah, ada di kalangan pasangan suami isteri, rakan pejabat atau teman rapat masih belum dapat memahami hati budi masing-masing, sekalipun telah lama kenal antara satu sama lain. Personaliti atau tingkah laku membezakan antara seseorang dengan yang lain, tetapi ciri-ciri ini stabil sekalipun pada bila-bila masa dan keadaan. Personaliti berasal dari perkataan Latin, `persona' yang bermaksud topeng. Topeng-topeng yang dipakai ini sebetulnya, gambaran psikologi dalaman secara keseluruhan tentang diri kita. Andai dalam pergaulan seharian agak sukar bagi anda untuk `mentafsirkan' tingkah laku seseorang, mungkin anda boleh melihat cara tidurnya. Pengarah Khidmat Nasihat dan Penilaian Tidur, University of Surrey di selatan England, Profesor Chris Idzikowski telah mengenal pasti enam posisi tidur yang popular.
Menurut beliau, kedudukan atau cara tidur ini menceritakan tingkah laku seseorang di bawah sedar. Ini kerana, ketika dalam keadaan jaga, ramai yang berhati-hati dengan bahasa tubuh. Antara posisi tersebut ialah:

* Janin dalam kandungan

Digambarkan sebagai seorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif. Seorang yang pemalu, apabila bertemu seseorang buat kali pertama, tetapi lama-kelamaan relaks.

Bilangan wanita tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding lelaki.

* Batang balak

Orang yang tidur seperti ini tergolong dalam kelompok mereka yang tidak serius dan gemar bersosial.

Mereka mudah diperdayakan kerana mudah percaya pada orang yang tidak dikenali.

* Mengiring dan tangan menghala ke depan

Seorang yang terbuka, tetapi sinikal dan mudah sangsi terhadap orang lain. Lambat membuat satu-satu keputusan, tetapi, sukar mengubah keputusan yang telah dibuat.

* Tentera

Tergolong sebagai pendiam, tidak banyak bercakap untuk melahirkan idea atau perasaannya. Mereka juga tidak suka heboh-heboh tentang sesuatu perkara, tetapi pada masa yang sama meletakkan diri pada satu piawaian yang tinggi.

* Jatuh bebas


Mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak melulu. Perasaan mereka mudah tegang dan cepat tersinggung. Biasanya, mereka juga tidak suka dikritik atau situasi yang ekstrem.

* Tapak sulaiman


Mereka boleh dijadikan kawan kerana selalu sedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu jika perlukan pertolongan. Secara umum, mereka tidak suka jika menjadi perhatian orang lain.


Laman web, Indian.CL juga ada mengkelaskan beberapa cara tidur yang melambangkan personaliti seseorang seperti:

1. Menelentang dengan kaki dan tangan yang terbuka luas

Anda digambarkan sebagai seorang yang suka kebebasan dan seorang kekasih yang menyenangkan hati. Tetapi, anda seorang yang boros, cuma anda bernasib baik kerana pendapatan juga lumayan.

Satu lagi, sikap anda yang tidak digemari ramai orang ialah suka menjaga tepi kain orang dan seronok bergosip. Entah siapa pula selepas ini yang menjadi `mangsa' gosip anda!

2. Menelentang dan kaki bersilang

Mereka yang tidur dengan gaya seperti ini adalah seorang yang memikirkan tentang dirinya dan sukar menerima perubahan.

Mereka juga suka bersendirian tetapi seorang yang boleh bertolak ansur.

3. Menelentang dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di bawah kepala

Cara tidur seperti ini melambangkan individu tersebut mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi dan bersemangat belajar tentang sesuatu.

Bagaimanapun, ada kalanya anda mempunyai banyak idea yang pelik sehingga menyukarkan orang lain mengikutinya.

Dari sudut yang lain, anda adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Masalahnya, anda sukar jatuh cinta dengan sesiapa. Atau, mungkin kerana anda seorang yang pemilih?

4. Tidur meniarap dan kedua-dua belah tangan di angkat dan bengkok sedikit

Jika anda tidur sepanjang malam dengan muka menghadap tilam, anda berkemungkinan seorang yang tidak berfikiran terbuka.

Kemungkinan, anda juga tidak mempedulikan hal orang lain. Anda juga selalu memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan anda. Selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur. Mungkin, masanya telah tiba untuk anda merobah cara tidur?

5. Tidur dengan cara sisi

Melambangkan bahawa anda seorang yang berkeyakinan. Pada masa yang sama, anda dapat melihat kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan.

Ini semuanya hasil usaha tanpa henti yang anda lakukan. Mereka yang tidur pada sisi kanan, tangan kanan diregang hingga ke atas kepala dipercayai akan dikurniakan kuasa dan tuah.

6. Sisi dan badan merengkok

Anda digambarkan sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam. Mereka yang berada di sekeliling anda harus berhati-hati, kerana anda seorang yang mudah marah.

7. Sisi, lutut sedikit bengkok dan sebelah tangan di atas tubuh

Berbeza dengan personaliti sebelum ini, anda adalah seorang yang lembut, ikhlas, penyayang dan berbudi bahasa.

Bagaimanapun, ini bukanlah ukuran bahawa anda seorang yang sempurna.

Ada baiknya, anda belajar meningkatkan keyakinan diri dan menerima kesilapan atau sesuatu yang mungkin kurang sempurna. Tetapi, kebahagiaan tetap muncul dalam perjalanan hidup anda.

8. Sisi dengan sebelah lutut bengkok

Anda digambarkan sebagai seorang yang cerewet dan selalu merungut. Cepat gemuruh, mudah tertekan, teruja walau hanya perkara-perkara kecil. Anda perlu belajar untuk relaks.

9. Tidur seolah-olah dalam keadaan berdakap

Anda sebetulnya dalam kesunyian dan kemurungan kerana terlalu obses dengan kegagalan masa lampau dan masalah yang anda hadapi.

Tidur dengan cara ini juga menggambarkan, bahawa anda seorang yang ragu-ragu dan sukar membuat keputusan. Ini menyebabkan ramai yang berpandangan bahawa anda hilang kasih sayang dalam kehidupan.

10. Berselubung dalam selimut

Jangan terkejut kalau dikatakan, anda hanya kelihatan `macho' ketika di tempat awam, tetapi hakikatnya anda seorang yang amat pemalu dan lemah.

Anda juga menyimpan banyak rahsia. Tetapi, jika anda berdepan dengan masalah, anda hanya memendam dan menderita sendirian tanpa mendapatkan nasihat atau bantuan sesiapa.

Atas sebab itulah, wajah anda juga sering berkerut ketika tidur.


Jika benar CINTA, datangilah dgn cara yg HALAL...

Jika benar perasaan itu datang,iringilah ia di jalan keredhaaan. Ini Cuma jalanan titian kehidupan. Jangan sesekali dicemar. Perasaan itu suci,fitrah dan mampu membawa ke jalan keredhaan. Kasih sayang adalah bukti kekuasaan Allah. Dilampirkan kasih sayang agar dapat singgah di hati yang bersih lalu mewariskan ketaatan yang tiada tara. Kasih sayang adalah turunan asma Allah.

Jika tidak ingin menanggung risiko,janganlah dimulakan. Janganlah memaniskan mulut dengan seribu janji manis. Kerana perempuan itu sensitive,hatinya halus, dan lemah. Mengharap bimbingan dari kaum pemimpin. Ditunjukkan jalan lantaran emosi yang lebih menguasai. Mereka lemah,tidak mampu berbuat apa-apa jika ada yang cuba menodai,hanya mampu mengharap pelindung dengan hadirnya rijal.Rijal halal,bukan rijal yang mengundang kebahayaan. Bukan rijal yang menghiasi kalimah agama di bibir semata tetapi rijal yang mampu menuntun jiwa halus ini dan bersama mengharung titian kehidupan yang penuh tipu noda. Kerana dengan keluhuran jiwa sang rijal ini, akan mampulah lahir warisan baru.Warisan yang mencintai kebenaran.

Jangan dicemari wanita mukminah. Sekalipun dia bertudung litup, cuba seteguh mungkin menjaga diri dalam kancah pergaulan,dia tetap perempuan. Perempuan yang mempunyai hati,ver hak untuk sayang dan menyayangi. Dan adalah satu kepayahan bagi seseorang mukminah itu untuk menentang fitrahnya yang sudah mula melampirkan kenyataan.

Wahai para mukmin, selamatkan para wanita mukminah. Jangan dicemari mereka. Jangan meletak janji jika tidak ingin menepati. Jangan menabur harapan jika lemah untuk menghadapi.
Jangan diremukkan lagi hati mereka yang setia menanti bertahun-tahun. Ingatlah pesanan Rasulullah agar tidak menindas kaum yang lemah ini. Jangan mudah benar menuding seribu kesalahan kepada yang tidak berdaya. Kesetiaan mereka hanya Allah yang mampu mentafsir.

Ingat lah ibumu yang juga perempuan, kakakmu, adikmu..Bayangkan jika mereka ditimpa perkara yang sama. Wahai mukmin, tunjukkan kepahlawanan mu dengan teguh mempertegak kebenaran dan melawan kebatilan. Jika perkara sekecil ini engkau mudah menyerah, bagaimana engkau mahu menegakkan daulah?

Jika benar rijal itu luhur,Allah lah sandaran jiwanya. Bukan keindahan dunia yang memperdaya..=)

Kita Menangis..

Kita sering menangis apabila,
dimarahi ibu bapa/kwn/bos..
mendapat markah rendah dlm peperiksaan,
mengecewakan dan dikecewakan orang,
jatuh ditimpa musibah..
tiada duit utk berbelanja...
disakiti hati dan dicederakan...
hilang harta benda..
dan banyaaak lagi.

Tp, adakah kita menangis oleh kerana,
mengenangkan dosa2 yg telah dilakukan...
menghitung kurangnya amalan kepada Allah..
kurangnya rasa bersyukur....
memikirkan nasib diri dan umat lain pada akhir zaman...
diberi ujian kesenangan di dunia..

Jarang dan kurang berlaku pd diri kita memikirkan hubungan kita dgn Allah. Kadang-kala kita sering memikirkan hubungan sesama manusia shja dgn mengenetepikan Allah yang memberi pahala kepada kita di atas setiap perkara yg dilakukan.

Teknik BERDAKWAH kpd Orang Bukan Islam.

  • Ta'aruf- berkenal kenalan antara daie dan mad'u.
  • Saluti hati mereka - kuasai hati budi
  • Ikram - Khidmat dgn mereka dgn cara membantu ikut kemampuan masalah mereka.
  • Berkawan - jadikan mad'u kawan @ kenalan baru serta bertukar2 pendapat dgn mereka.
  • Berbual - berbincang tentang soal kehidupan dan permasalahan hidup
  • Cuba selesaikan masalah mereka.
  • Bantuan - Hulurkan bantuan kewangan, buah fikiran, dan tenaga jika perlu.
  • Ceritakan kebaikan agama Islam sbg cara utk menyelesaikan masalah
  • Beri hadiah sebagai motivasi
  • Bimbing mereka sehingga kenal Islam dan mampu berdikari - beri tunjuk ajar dan bawa kepada ilmu agama.
sumber:Ustz Hj Mohd Farhan Abdullah al-Hafiz

Sifat Tuhan dlm BIBLE.

Dalam mengkaji kebenaran al-Quran, kita juga perlu tahu dan mengkaji kitab2 bg agama lain untuk mencari kebenaran supaya tidak timbul kekeliruan dlm kepercayaan Tuhan terutamanya. Di sini, sy cuba berkongsi dgn shbt2 tentang kandungan bible mengenai Tuhan dan sama2 kita nilai dan fikirkan.
>Di dalam Genesis 3:8-9, menyatakan bahawa 'Tuhan memanggil Adam yang sedang bersembunyi.' dan Genesis 3:22-23 menyatakan ' Tuhan menyatakan takut/melarang makan buah yang kedua krn buah tersebut dikatakan dapat hidup selama-lamanya.'

Daripada ayat ini, kita dapat lihat bahawa 'Tuhan' mereka 'tidak mengetahui dan takut'. sedangkan dlm al-Quran sama sekali tidak dinyatakan segitu. Ia telah menunjukkan bahawa Tuhan itu lemah.

Di dlm ayat lain pula dinyatakan {The Lord said," If as one people speaking the same language, they have begun to do this;then nothing they plan to do will impossible for them" } (Genesis 11:1-8 NIV).
Kita dapat lihat bahawa Tuhan takut dan bimbang apabila semua manusia bercakap dalam satu bahasa kerana ditakuti bahawa akan mengusai dunia. Pelik kan..?sedangkan seperti yang kita tahu Tuhan Maha Berkuasa dan tidak takut, tp lain pula dinyatakan di dlm Bible. Ayat ini seolah2 telah merendahkan sifat 'Tuhan' yang menjadi pegangan mereka.Jika difirkan, ia menjadi satu kekeliruan dan Tuhan bersifat lemah dan negetif. berbeza dgn al-quran dan Islam ajarkan, supaya sentiasa bersangka positif dan tidak ada sedikit pon kelemahan Tuhan (Allah)di dlm al-Quran.

Sebenarnya, bnyk lagi kekeliruan yg terdpt dlm Bible dan kita sebagai org yang berpengetahuan boleh berfikir sendiri perkara tersebut. Renung2 kan lah. al-Quran telah nyata kebenarannya, maka tidak perlu lagi mencari kekuatan kitab lain untuk menandingi al-Quran.=)
Slide 7 Slide 3
l