Pada hari ahad baru-baru, sy bersama shbt2 PMKUM telah mendaki ‘gunung Malaya’ di Uni Malaya. Hehe.. walaupun bukitnya itu tidak semencabar jungle trakking yg biasa kita lalui tetapi ia sangat menyeronokkan. Di sini bukanlah sy ingin menceritakan tentang mendaki bukit tersebut secara mendalam, tetapi yang nak diceritakan di sini adalah ukhuwah dan jalinan antara kami. Mana tidak nya, walaupun kami dari fakulti berbeza, tetapi kami dari negeri yang sama dapat berkumpul dan bermesra. Ukhuwah itu manis jika tidak dinodai oleh sifat2 mazmumah seperti dengki, fitnah, pentingkan diri sendiri dll. Alangkah indahnya persahabtan itu jika disulami dengan kejujuran, pengorbanan, kasih sayang. Allah pun suka…Saya harapkan ikatan yang terjalin ini tidak putus setakat ini sahaja dan kita teruskan persahabatan ini sampai bila-bila..
Thursday, October 22, 2009
JALINAN yang terjalin
Salam.

Assalamualaikum!!! Itu lah kalimah yang sering kita ucapkan apabila berkunjung ke rumah seseorang.. tapi…hai! Apabila bertemu dgn seseorang.. Ermm..kenapa jadi begitu..?? kenapa tidak kita mengungkapkan salam juga apabila bertemu dengan orang lain..??
Haa..perkara mudah sebeginilah yang sering kita abaikan..kenapa saya cakap sebegitu..? kerana dengan ucapan ‘salam’ itu sangat mudah dan kita pun akan mendapat pahala..bukan sedikit, tapi banyak!! Bayangkan lah 1huruf itu dikira.. orang yang memberi salam pun dapat pahala, orang yang menjawab salam pun dapat pahala.. MasyaAllah. Kalau difikirkan, mudah ye untuk mendapatkan pahala.. tapi kadang2 je kita merebut peluang sebegitu.. Jadi, ayuh kita bersama2 menyemarakkan salam, menambahkan pahala.. begitu juga dgn saya.. InsyaAllah!!
Tuesday, September 29, 2009
Bagaimana cara kita TIDUR..?!
SEORANG ahli psikologi salah sebuah universiti tempatan pernah berkata, tingkah laku manusia agak sukar untuk difahami. Ini kerana, ia umpama `topeng' yang dipakai dan boleh berubah-ubah mengikut tempat, masa dan keadaan. Sebab itulah, ada di kalangan pasangan suami isteri, rakan pejabat atau teman rapat masih belum dapat memahami hati budi masing-masing, sekalipun telah lama kenal antara satu sama lain. Personaliti atau tingkah laku membezakan antara seseorang dengan yang lain, tetapi ciri-ciri ini stabil sekalipun pada bila-bila masa dan keadaan. Personaliti berasal dari perkataan Latin, `persona' yang bermaksud topeng. Topeng-topeng yang dipakai ini sebetulnya, gambaran psikologi dalaman secara keseluruhan tentang diri kita. Andai dalam pergaulan seharian agak sukar bagi anda untuk `mentafsirkan' tingkah laku seseorang, mungkin anda boleh melihat cara tidurnya. Pengarah Khidmat Nasihat dan Penilaian Tidur, University of Surrey di selatan England, Profesor Chris Idzikowski telah mengenal pasti enam posisi tidur yang popular.
|
Jika benar CINTA, datangilah dgn cara yg HALAL...
Jika benar perasaan itu datang,iringilah ia di jalan keredhaaan. Ini Cuma jalanan titian kehidupan. Jangan sesekali dicemar. Perasaan itu suci,fitrah dan mampu membawa ke jalan keredhaan. Kasih sayang adalah bukti kekuasaan Allah. Dilampirkan kasih sayang agar dapat singgah di hati yang bersih lalu mewariskan ketaatan yang tiada tara. Kasih sayang adalah turunan asma Allah.
Jika tidak ingin menanggung risiko,janganlah dimulakan. Janganlah memaniskan mulut dengan seribu janji manis. Kerana perempuan itu sensitive,hatinya halus, dan lemah. Mengharap bimbingan dari kaum pemimpin. Ditunjukkan jalan lantaran emosi yang lebih menguasai. Mereka lemah,tidak mampu berbuat apa-apa jika ada yang cuba menodai,hanya mampu mengharap pelindung dengan hadirnya rijal.Rijal halal,bukan rijal yang mengundang kebahayaan. Bukan rijal yang menghiasi kalimah agama di bibir semata tetapi rijal yang mampu menuntun jiwa halus ini dan bersama mengharung titian kehidupan yang penuh tipu noda. Kerana dengan keluhuran jiwa sang rijal ini, akan mampulah lahir warisan baru.Warisan yang mencintai kebenaran.
Jangan dicemari wanita mukminah. Sekalipun dia bertudung litup, cuba seteguh mungkin menjaga diri dalam kancah pergaulan,dia tetap perempuan. Perempuan yang mempunyai hati,ver hak untuk sayang dan menyayangi. Dan adalah satu kepayahan bagi seseorang mukminah itu untuk menentang fitrahnya yang sudah mula melampirkan kenyataan.
Wahai para mukmin, selamatkan para wanita mukminah. Jangan dicemari mereka. Jangan meletak janji jika tidak ingin menepati. Jangan menabur harapan jika lemah untuk menghadapi. Jangan diremukkan lagi hati mereka yang setia menanti bertahun-tahun. Ingatlah pesanan Rasulullah agar tidak menindas kaum yang lemah ini. Jangan mudah benar menuding seribu kesalahan kepada yang tidak berdaya. Kesetiaan mereka hanya Allah yang mampu mentafsir.
Ingat lah ibumu yang juga perempuan, kakakmu, adikmu..Bayangkan jika mereka ditimpa perkara yang sama. Wahai mukmin, tunjukkan kepahlawanan mu dengan teguh mempertegak kebenaran dan melawan kebatilan. Jika perkara sekecil ini engkau mudah menyerah, bagaimana engkau mahu menegakkan daulah?
Jika benar rijal itu luhur,Allah lah sandaran jiwanya. Bukan keindahan dunia yang memperdaya..=)
Kita Menangis..
dimarahi ibu bapa/kwn/bos..
mendapat markah rendah dlm peperiksaan,
mengecewakan dan dikecewakan orang,
jatuh ditimpa musibah..
tiada duit utk berbelanja...
disakiti hati dan dicederakan...
hilang harta benda..
dan banyaaak lagi.
Tp, adakah kita menangis oleh kerana,
mengenangkan dosa2 yg telah dilakukan...
menghitung kurangnya amalan kepada Allah..
kurangnya rasa bersyukur....
memikirkan nasib diri dan umat lain pada akhir zaman...
diberi ujian kesenangan di dunia..
Jarang dan kurang berlaku pd diri kita memikirkan hubungan kita dgn Allah. Kadang-kala kita sering memikirkan hubungan sesama manusia shja dgn mengenetepikan Allah yang memberi pahala kepada kita di atas setiap perkara yg dilakukan.
Teknik BERDAKWAH kpd Orang Bukan Islam.
- Ta'aruf- berkenal kenalan antara daie dan mad'u.
- Saluti hati mereka - kuasai hati budi
- Ikram - Khidmat dgn mereka dgn cara membantu ikut kemampuan masalah mereka.
- Berkawan - jadikan mad'u kawan @ kenalan baru serta bertukar2 pendapat dgn mereka.
- Berbual - berbincang tentang soal kehidupan dan permasalahan hidup
- Cuba selesaikan masalah mereka.
- Bantuan - Hulurkan bantuan kewangan, buah fikiran, dan tenaga jika perlu.
- Ceritakan kebaikan agama Islam sbg cara utk menyelesaikan masalah
- Beri hadiah sebagai motivasi
- Bimbing mereka sehingga kenal Islam dan mampu berdikari - beri tunjuk ajar dan bawa kepada ilmu agama.
Sifat Tuhan dlm BIBLE.
>Di dalam Genesis 3:8-9, menyatakan bahawa 'Tuhan memanggil Adam yang sedang bersembunyi.' dan Genesis 3:22-23 menyatakan ' Tuhan menyatakan takut/melarang makan buah yang kedua krn buah tersebut dikatakan dapat hidup selama-lamanya.'
Daripada ayat ini, kita dapat lihat bahawa 'Tuhan' mereka 'tidak mengetahui dan takut'. sedangkan dlm al-Quran sama sekali tidak dinyatakan segitu. Ia telah menunjukkan bahawa Tuhan itu lemah.
Di dlm ayat lain pula dinyatakan {The Lord said," If as one people speaking the same language, they have begun to do this;then nothing they plan to do will impossible for them" } (Genesis 11:1-8 NIV).
Kita dapat lihat bahawa Tuhan takut dan bimbang apabila semua manusia bercakap dalam satu bahasa kerana ditakuti bahawa akan mengusai dunia. Pelik kan..?sedangkan seperti yang kita tahu Tuhan Maha Berkuasa dan tidak takut, tp lain pula dinyatakan di dlm Bible. Ayat ini seolah2 telah merendahkan sifat 'Tuhan' yang menjadi pegangan mereka.Jika difirkan, ia menjadi satu kekeliruan dan Tuhan bersifat lemah dan negetif. berbeza dgn al-quran dan Islam ajarkan, supaya sentiasa bersangka positif dan tidak ada sedikit pon kelemahan Tuhan (Allah)di dlm al-Quran.
Sebenarnya, bnyk lagi kekeliruan yg terdpt dlm Bible dan kita sebagai org yang berpengetahuan boleh berfikir sendiri perkara tersebut. Renung2 kan lah. al-Quran telah nyata kebenarannya, maka tidak perlu lagi mencari kekuatan kitab lain untuk menandingi al-Quran.=)
Siapa perlu Berdakwah?!
Berdakwah juga bukan sekadar mengeluarkan kata-kata, tapi ianya boleh juga dilakukan melalui perbuatan, tingkah laku dan cara hidup kita. Mudah kan..? Berdakwah juga tidak perlu untuk memakai kopiah 24 jam, tudung labuh serta berjubah tetapi hanya menutup aurat seperti yang digariskan oleh syariat. Kebiasaanya, orang cakap xnak berdakwah sbb xcukup ilmu. Sampai bila2 pon ilmu kita xkan cukup, sbb ilmu Allah sgt luas. Kita sampaikan apa yang kita tahu. xnak berdakwah sbb takut bila kita tegur orang, perkara tu akan berbalik pd kita semula. Pada sy, bila kita tegur org lain, pkra tu turut jd peringatan kpd kita utk tidak melakukannya sekali gus turut menjaga kita. Ia menjadikan kita malu utk melakukan sesuatu perkara tersebut.
Tambahan pula, belajar agama adalah fardhu ain bg umat Islam. Kita sama2 cuba n pertingkatkan usaha dakwah kita walaupun kecil tetapi ikhlas.insyaAllah =)
Dakwah...Pendekatan Psikologi
Kenapa dakwah melalui psikologi penting..? ini kerana psikologi sgt berkait rapat dgn manusia. Jadi, utk mendekati mad'u, kita perlu faham psikologinya dan pandai bermain dgn psikologi manusia agar mudah utk kita approach mereka.
Salah 1 pendekatan psikologi adalah melalui TARIKAN. Beberapa perkara yang boleh menarik seseorang iaitu cantik, jelas,nyata, pelik, berubah-ubah, bergerak dan mudah. Faktor-faktor ini menjadi tarikan utama seseorang untuk mengetahui dan mendalami sesuatu perkara. Maka dengan itu, kita perlu gunakan faktor-faktor ini menarik mereka kepada Islam.
Yang ke2, melalui ransangan MOTIF@ motif biologi seperti lapar, dahaga dan seks. Perkara2 ini menjadi satu keperluan tubuh badan untuk meransang sasaran. Contohnya, lapar. Tiada seorang pun mahu hidup kelaparan. Ia mempunyai hubungan dgn motif yang sering diselitkan dlm mesej dakwah.
Seterusnya adalah melalui ransangan emosi. ransanganEMOSI adalah sgt rapat dgn perasaan manusia seperti gembira, takut, cemburu, malu, marah. Penggunaan unsur emosi seperti terdapat dlm al-Quran memberi kesan kepada manusia supaya benar-benar menghayati bait-bait ayat yang diturunkan oleh Allah. contohnya, takut dgn azab api neraka Allah, gembira dgn khabar berita yang baik bagi orang yang bertaqwa dan sebagainya.
Pendekatan lain adalah PENEGUHAN. peneguhan juga dijadikan satu faktor untuk menaikkan motivasi seseorang dlm beramal. Contohnya, sesiapa yang melakukan kebaikan akan dibalas dgn kebaikan. Sesiapa yang selalu bersedekah, akan dimurahkan rezeki berlipat kali ganda. Jadi, ia membuatkan manusia berusaha untuk mendapatkan kebaikan tambahan melalui apa yg telah dikerjakan. Begitu juga dgn peneguhan negetif.
Selain itu juga, pendekatan melalui ransangan STATUS seperti menjadi golongan baik dan mulia, golongan bernasib baik dan adil, serta golongan yang selamat adalah suatu keinginan manusia. Jadi, Islam menjanjikan manusia berada dlm keadaan baik sepanjang berada dalam ruang lingkup Islam yang sebenar.
Terakhirnya, melalui PEMBINAAN SOSIAL. Fitrah manusia suka berkumpulan dan berteman. Jadi, dakwah telah mengatur pelbagai aktiviti berbentuk berkumpulan agar manusia suka melakukannya seperti solat berjemaah, menghubungkan persaudaraan, menunaikan haji, menjaga lidah dlm berkomunikasi dsb.
Amalan TerbBALIK??!
3. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
4. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
5. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
6. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
Erm...betul juga kan..? So, kita ubah balik supaya ianya xterbalik..

Di sini, sy nak kongsi sebuah lagi kisah yang dipetik dr buku Penglipur Lara. Secara ringkasnya,ceritanya begini. Pada suatu masa dahulu, di sebuah Negara, ada seorang gabenor yang bernama salman al-Farisi yang terkenal dgn sifat kemuliaannya budi pekertinya.
Pada suatu hari, seorang musafir yang bukan dr Negara tersebut membawa beberapa barangan masuk ke Negara tersebut. Musafir itu terserempak dengan Salman al-Farisi lalu dengan kasar menyuruhnya mengangkat bebanan tersebut. Tanpa bicara panjang, Salman al-Farisi mengangkat barang tersebut seperti mana yang telah disuruh oleh musafir itu tadi.
Sampai dipertengahan jalan, mereka tersempak dgn penduduk Negara tersebut. Alangkah terkejutnya pemuda itu apabila apabila melihat pemimpin mereka dikerah untuk mengangkat barang tersebut. Maka pemuda itu berkata kepada musafir “ Wahai pemuda, apakah kamu tahu siapa orang yang kamu minta mengangkat barang kamu..?” Musafir itu menggelengkan kepalanya. Pemuda itu menjawab,” Dia adalah Salman al-Farisi, gabenor di Negara ini.” Maka, musafir itu terus meminta maaf dan meminta Salman al-Farisi menurunkan barang tersebut. Tetapi Salman menjawab “ tidak mengapa, biarlah hamba menghantar barang ini ke tempat saudara”.
Jadi, begitu lah kisahnye..sy sgt tertarik dgn sikap rendah diri yg terdapat dlm jiwa Salman al-Farisi. Kalau difikir-fikirkan, jika kita menjadi seorang pemimpin, adakah kita akan bersifat sedemikian rupa..? Mungkin, apabila disuruh sebegitu, akan memarahinya kembali dgn bertanyakan ‘ ko tau aku ni siapa?’. Huh! Dasyatnya.. Dgn itu, marilah kita mengambil pengajaran dan mencontohi sifat beliau serta menjadikan contoh pimpinan beliau terhadap diri kita. Barula org respek dan suka dgn kita… InsyaAllah=)
6 Jenis Wanita yang perlu dijauhi.
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli
Jadi, untuk para lelaki, jauhi drpd wanita sebegini dan kita sebagai wanita pun
Monday, September 28, 2009
Soalan dari ORANG BUKAN ISLAM kepada ORANG ISLAM tentang AGAMA ISLAM.
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.’’
4) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.
6) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"
habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?
7) Sami Budha bertanya lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik
8) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
jadi, fikir-fikirkan lah..
7 Kalimah Azimat.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersebut perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,
walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.
Kerana Sehelai Bulu Mata...

Sekadar Berkongsi Cerita
Pada cuti sem baru ni, aku berpraktikal selama sebulan di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP). Kat situ ditempatkan golongan mualaf yang menuntut ilmu agama.. sepanjang di situ, byk pengalaman yg diperolehi.. Melihat semangat mereka yag tekun menuntut ilmu agama, aku jadi kagum. Mencari sinar Islam, sanggup berjauhan dgn keluarga. Kat sana, sempat la aku mengajar mereka fardhu ain & mengaji al-Quran. Ada di antara mereka dibuang keluarga dan ada juga masih diterima. Ada yang datang dr keluarga yg berada juga & mcm2 latar belakang lah. Pada aku, apabila mereka telah memeluk Islam, pada masa yg sama mereka boleh berdakwah kpd keluarga. Mana la tau, kerana melihat si anak semakin bagus, si ibu atau ayah akan tertarik. Aku tengok, mereka ni cepat belajar. Maksud aku mengenal huruf jawi dan membaca al-Quran. Alhamdulillah, bertambah saudara kita. Kdg2, bila ada ms, mereka akan keluar berdakwah. Erm..aku harap, semangat mereka menjadi pendorong buat kita(Islam asal) untuk lebih gigih dalam mencari Islam. Bukan orang non-muslim je perlu mencari Islam, kita pon wajib mencari Islam dan menambahkan iman. Amin..=)